April 14, 2010

Mati Tiba-Tiba

       Semalam saya ada terbaca satu artikel yang mana bagi saya boleh membuatkan saya berfikir sejenak. Tajuknya saja sudah menggambarkan entry saya kali ini. 
     Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Antara tanda-tanda kiamat adalah...berleluasa mati secara tiba-tiba(mendadak)." (Riwayat al-Tabrani dalam al-Saghir)
      Hadis ini disokong oleh beberapa data yang diperoleh dari kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat teradap Sudden Cardiac Death(SCD). Statistik tersebut menunjukkan bahawa:

  • Lebih kurang  325,000 orang meninggal setiap tahun di Amerika Syarikat.
  • SCD mencatatkan jumlah kematian yang lebih tinggi berbanding kanser paru-paru, kanser payudara dan AIDS.
  • Lebih kurang 40% meninggal sendirian tanpa kehadiran sesiapa yang dikenali atau tak dikenali. Inilah yang meningkatkan risiko kematian kerana tidak sempat mendapat pertolongan daripada sesiapa sahaja yang berada berdekatam ketika penyakit jantung menyerang.
  • Jumlah kematian lelaki berbanding wanita ialah 3:1. Ini bermakna lelaki mempunyai risiko mati secara tiba-tiba tiga kali ganda berbanding wanita.
Benarlah apa yang dinukilkan dalam hadis tersebut. Persoalannya adakah kita sudah bersedia andai ditakdirkan tergolong dalam golongan tersebut? Mati secara tiba-tiba tanpa sempat meminta bantuan daripada sesiapapun. Lebih teruk andainya kita mati tanpa sempat membawa bekalan yang mencukupi dan bertaubat.


    Setiap yang pergi pasti tak kembali, yang masih hidup jadikanlah iktibar, mulakan langkah ke arah bertaubat, peluang yang diberi tidak selamanya terbentang luas. Janganlah kita jadikan dunia ini tempat terakhir kita check in. Dunia hanyalah sebuah transit, kita akan check out dari dunia dan check in di tempat yang kekal abadi iaitu akhirat. Mahukah kita melihat tempat untuk kita check in selepas ini tempat yang panas, yang dihimpit rasa berdosa atau tempat yang sejuk mata memandang. Bertaubatlah sebelum  malaikat maut menyapa, sebelum tempat kita di akhirat dihijab kan di depan mata. 

    Ada satu teka-teki yang saya ingin kongsikan, bunyinya begini;

   Apa yang pembuatnya tidak ingin memakainya,
   penjualnya juga tidak mahu memakainya, 
   tetapi orang yang memakainya tidak sangka dia sedang memakainya

renungkan jawapannya. Andai terus menjadi persoalan, ajukan pada ruangan shoutbox :)

3 comments:

Farah Hanani said...

Saya slalu gagal jwb teka teki.. tp nak try gak jawab..

Jawapan teka-teki::: Dosa

Betol kah jawapan itu..??

noniko said...

sy nk try.. jwpn dia keranda..hehe ada betul??

info2u said...

farah: bukan dosa..cuba skali lagi k..hihi

noniko: boleh gak la tu..agak hmpir la jwpn tp bukan tu jwpn dia..hihi

Related Posts with Thumbnails