May 17, 2010

Ampunku sebelum terlambat



mega nan cerah

kelam tiba2
itu tandanya
ada bencana
saat itu ku sendirian di sisi
kubur bonda sunyi dan sepi
masih terngiang
kata2 nasihat
pedoman dan belaian kasih bonda
tapi kini bonda telah pergi
pergi nya tiada kembali

sewaktu mula ku
melankah dewasa mencari ilmu
tugas utama
ku merantau jauh meninggalkan bonda
akan ku tunaikan hajatmu bonda
tapi di dalam menghadapi cabaran
ku terlupa tugas ku di rantauan
apakah makan minum mu terjaga
adakah nasib mu terbela

oh tuhan ampunkan dosa ibuku
masukkan ia kedalam jannahmu
selamatkan ia dari nerakamu
terangi kuburnya dengan sinarmu
sedih nya hatiku
dibuai mimpi mu
hatiku di alun kecewa dan sengsara
dosaku ibarat air di lautan
hidupku sebagai anak durhaka

oh bonda ampukan kesalahanku
tak tersengaja
ku mengasarimu
hatiku kesal tiada terkira
kau pergi didalam kecewa
tidak ku tertahan
menanggung seksaan
setelah kau tiada
dugaan yg mendatang
ampuni dosaku
redha kan hidupku
kau lah mithali pedomanku

sayu mengenang
saat manis itu
tangan bonda
mengusap pipiku
terpancar senyuman di wajah bonda
agar anak nya beroleh jaya
didikan islam diberi sempurna
walaupun tanpa suami tercinta
yg telah terkorban kerna ilahi tabah menghadapi hidup yg sunyi.




note: khas remaja...hehe..selamat hari ibu..semoga pengorbanan ibu tidak dilupakan anak-anak...

Lilin Seorang guru



         16 Mei tarikh yang dinanti semua pendidik..saya sendiri terharu bila ada yang mengucapkan selamat hari guru (walaupun mengajar untuk seminggu..hehe..terharu). Entry kali ini saja di letak untuk menghargai warga pendidik seluruh dunia. Selamat hari guru untuk cikgu-cikgu saya yang pernah mengajar atau masih mengajar di SK Sultanah Asma, SMK Sultanah Bahiyah, MRSM Pendang, KMK, dan UMS..Terima kasih untuk segala ilmu yang dicurah. Budi cikgu tak terbalas oleh saya.
     Saya ada kisah untuk dikongsi dengan pembaca, saya tak pasti samada cerita ni ada faedah atau tidak..:)
Masa majlis sambutan hari guru semalam, adik saya bersama dengan 4 lagi sahabatnya mengambil persembahan dengan lagu nasyid anak soleh-Aeman, tapi lirik diubah sikit supaya sesuai dengan hari guru. Sebaik saja seorang dari kumpulan tersebut berdiri di pentas mereka pendapat tepukan gemuruh dari semua pelajar dan guru-guru. Sebenarnya tepukan yang diberi bukanlah kerana suara sedap, suara memang tawar, tune lagilah berterabur..hehe..jangan marah ye dik..tapi kerana kumpulan yang nyanyi nasyid ni merupakan pelajar nakal di sekolah. Pernah di panggil jumpa kaunselor, denda jangan ditanyalah..tapi keikhlasan mereka memohon maaf di hari istimewa berjaya menyentuh hati segelintir pelajar dan guru sampai ada yang menangis.
     Saya sendiri terharu melihat perubahan positif kumpulan kanak2 nakal ni..hehe..Andai guru berputus asa tidak mungkin mereka akan berubah hingga ke tahap ini..Moga apa yang diimpikan, yang diusahakan akan membuahkan hasil di masa hadapan. Dugaan dan pengalaman di alam persekolah dapat dijadikan iktibar.
     Saya pasti semua pembaca ada kenangan pahit dan manis di alam persekolahan, tetapi semua itulah yang mematangkan kita dan memberi kejayaan buat kita hari ini..

April 28, 2010

Tarikh Digeruni Manusia

     Sebagai peringatan kepada anda dan diri saya sendiri entry ini ditulis. Moga dapat kita selami sejauh mana kita mengingati pencipta kita. Saya ada menonton sebuah filem yang mengisahkan tentang hari kemusnahan. Filem ini menyedarkan saya yang hidup kita tetap akan berkahir dengan kematian. Banyak yang berlegar di fikiran kala ini. Adakah cukup amal ku untuk ku menetap di syurgaNya? adakah sempurna solat ku untuk layak melihat syurgaNya? Mula terasa kekurangan diri, masih banyak yang perlu di pelajari sementara masih bernafas di bumi milikNya ini. 
    Kiamat itu benar, Syurga itu benar, Neraka itu benar, bersediakah kita menghadapi semua ini. Luangkanlah sedikit masa untuk muhasabah diri, manjakan sedikit masa untuk tunduk sujud kepadaNya. Janganlah kita tergolong antara golongan yang tidak sempat bertaubat. Sesungguhnya Allah sentiasa menanti taubat hambanya.                                   

April 27, 2010

Bila Langkah Terhenti


         Minggu lepas saya terdengar siaran radio era segmen petang bersama pak nil(Aznil Hj Nawawi) ada membuat panggilan kepada seorang remaja yang dikenali sebagai Safwan. Tiada apa yang menarik pada awalnya kerana saya beranggapan mungkin pak nil ingin beramah mesra dengan pendengar sahaja. Tapi setelah saya luangkan sedikit waktu untuk terus mendengar perbualan tersebut, saya mula terasa sayu. Andai saya berada di tempat Safwan, mungkin saya tidak setabah dia. Kagum dengan ketabahan dia yang membuatkan saya menulis entry ini. Saya sukakan sajak yang di tulis di blognya  Teratak Husaini. Berusia 19 tahun tetapi terpaksa menempuh kehidupan yang penuh derita. Kesakitan yang di tanggungnya tak siapa yang mengerti, namun perkongsian melalui tulisannya mungkin dapat meredakan apa yang ditanggungnya. Bagi anda yang berminat untuk menyelami jiwa anak muda ini saya sediakan pautan disini.

   Wajah yang ceria tapi mungkin hatinya semakin mendung. Bersamalah kita mendoakan kesejahteraannya semoga dia terus tabah menghadapi ujian Allah. Teringat pula saya dengan lagu allahyarham Sudirman Salam terakhir. :(

April 26, 2010

Bila Diri diSayangi


     Rasanya dah lama tak update blog ni. Saya pun baru balik dari program integrasi, minggu depan kena lapor diri di kem pula. Sambil merehatkan diri teringat pula lagu nyanyian ukays- bila diri disayangi


Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


      Lagu ni antara lagu band yang berunsur ketuhanan. Sedap didengar dan banyak memberi nasihat. Bila dengar lagu ni, saya rasa kerdil sangat, masih ada yang menyayangi dikala orang lain menyisihkan kita. Allah tetap setia mengampunkan dosa hambaNya, tapi adakah hambaNya yang setia memohon keredhaanNya dikala susah dan senang. Lumrah manusia alpa dengan duniawi, saya harap lagu ni sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita bersama dari terus alpa dengan godaan duniawi. 
    

Related Posts with Thumbnails